CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 30, 2011

andainya awak tahu.. :(



Andainya awak tahu..Apabila saya sudah jatuh cinta,awak tidak semestinya lelaki yang  punya segalanya tetapi awak adalah segalanya di hati saya.

Andainya awak tahu..Apabila saya mengalirkan air mata, itu  bukan bermakna saya lemah, tetapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai awak.

Andainya awak tahu..Apabila saya marah, memang saya tidak mampu mengawal perasaan saya tapi percayalah, itulah maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi  percayalah  semakin bertambah sayang saya pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andainya awak tahu..Apabila saya bercakap banyak, saya tidak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi saya mahu  awak mengenali saya dengan lebih dekat.

Andainya awak tahu..Apabila saya berkata saya mahu awak berubah, itu bukan bermakna saya tidak mahu menerima awak seadanya, tetapi saya mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk diri saya, tetapi untuk masa depan awak.

Andainya awak tahu..Apabila saya cemburu dan tidak percayakan awak, bukan bermakna saya tidak sayang..tetapi saya terlalu sayangkan awak dan masih mengangap awak anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. saya hanya mahukan yang terbaik untuk awak

Andainya awak tahu...Apabila saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi  cukuplah dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai.

Andainya awak tahu..Apabila saya jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud saya tidak menyintai tetapi saya mahu awak merasai sendiri cinta saya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui perlakuan saya.

Andainya awak tahu..Apabila saya kata saya rindu dekat awak, saya benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayangan awak akan sentiasa bermain di mata saya.

Andainya awak tahu..Apabila saya kata lelaki lain itu lebih baik dari awak, jangan percaya kata-kata saya kerana saya hanya mahu menguji awak. saya mahu melihat sejauh mana awak sanggup menjadi yang terbaik di mata saya. Walaupun sebenarnya memang awaklah yang terbaik di hati saya. Selagi saya dengan awak, percayalah, walaupun saya menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata saya tetapi di hati saya, awak tetap yang terbaik. ^_^

Andainya awak tahu..Apabila saya menjadi degil, saya bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi saya mahu melihat sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenah saya. 

awak.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya awak tahu..Apabila saya berkata, “tolong tinggalkan saya!”, saya tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. saya hanya mahu menenangkan fikiran saya sebentar saja. Apabila saya kembali tenang, percayalah saya akan mencari awak semula. Itu tandanya saya benar-benar menyintai awak. saya sukar untuk mengawal perasaan. Saya terlalu emosional. Tapi sayalah yang paling menyayangi awak dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri awak.

Andainya awak tahu..Sememangnya Allah menciptakan awak dan saya itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya kita saling memahami, kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan . 

Awak..Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. =))

and entry yang  panjang ini adalah untuk kesayangan saye . MUHAMAD FITRI ABDOL RAHMAN .
sayang ..bu xingat bu amik kat mane entry ni ..tapi..yang pastinya .entry ni khas untuk bb ..bu sangat ikhlas dan maksudkannye ok ..luv уou bb ..:))


*muah..muah b*

0 comments: